Sabtu, 21 Mac 2009

LATIHAN MINDA UNTUK PENULIS SKRIP


Bersantai... Penulis: Shamsul Ambia (ambiaq@gmail.com)

Makan Malam dgn YB Tan Sri Muhyiddin Yasin di PICC

Semasa di FFM21 di PICC

Pelancaran FFM21 di Alamanda, Putrajaya

Master Class di Finas


___________________________________________________________________

LATIHAN MINDA UNTUK PENULIS SKRIP

Latihan Pertama(1)

“KISAH SEORANG JURUTERA PENCEN”

Anda di minta pergi berjumpa seorang jurutera pencen. Carilah sesiapa yang anda kenal atau dikenalkan oleh rakan anda. Buat janji temu dan cuba temuramah beliau (jurutera tersebut). Buat satu soalan lengkap dari mula kelahiran beliau sehingga hari ini. Antara soalan-soalan tersebut:-

¨ Bila tarikh kelahiran?
¨ Di mana lahir, tempat, masa?
¨ Cerita perihal keluaga, ibubapa, adik beradik dan saudaramara?
¨ Zaman kanak-kanak? Sekolah, rakan-rakan, keluaga?
¨ Zaman Remaja? Sekolah, percintaan, rakan-rakan?
¨ Zaman Belia? Kerja, perkahwinan, kerjaya?
¨ Zaman Dewasa? Anak-anak, Mertua, rakan-rakan, kerjaya?

Setiap Benda Bernyawa Mempunyai
Pentas Kehidupan Tersendiri

Anda di kehendaki mencari satu titik permulaan sehinggalah kepada pengakhirannya. Cari masalah dan cara penyelesaian dalam kisah seorang jurutera pencen. Lagi meriah jika ada tragedi yang berlaku.

Ini dipanggil sumber cerita. Sumber ini perlu bagi seorang penulis skrip.Bila pulang ke rumah, tulis kembali segala maklumat yang didapati tadi. Susun jalan ceritanya dan olah ia supaya nampak menarik. Buat dalam bentuk karangan.

Tambahkan lagi latihan seumpama ini bagi menambahkan sumber cerita.
__________________________________________________________________
Latihan Ke Dua (2)

“IMAGINASI DAN REALITI 1”

Tip mudah untuk permulaan berimiginasi:-

¨ Pejam Mata.
¨ Tarik nafas laju sedalam-dalamnya.
¨ Tahan nafas sehingga tujuh saat.
¨ Hembus perlanan-lahan.
¨ Tenangkan fikiran anda.
¨ Kosongkan Minda.
¨ Bila mata terpejam, anda nampak hitam.
¨ Bayangkan apa yang anda nampak ialah papan hitam.
¨ Cuba tulis nombor satu : 1.
¨ Tidak Berjaya—ulangi langkah dari mula.
¨ Berjaya? Cuba nombor lain pula.
¨ Dan cuba pula bayangkan watak seseorang.

Latihan secara meditasi adalah cara yang terbaik.

Anda mungkin biasa berangan-angan atau bermimpi, sekarang anda cuba jadi kemudi atau nakhoda pada mimpi dan angan-angan anda. Cuba mereka supaya mimpi dan angan-angan mengikuti rentak anda.

Kini anda dan mula merasakan imiginasi anda mula menjadi realiti dalam kotak minda anda.
___________________________________________________________________
Latihan Ke Tiga (3)

“IMAGINASI DAN REALITI 2”

Anda di minta pergi ke suatu tempat, katakan Taman KLCC, cari bangku dan duduk. Cuba perhatikan setiap orang yang lalu lalang di depan anda. Ada yang gemuk, kurus, pendek, panjang, cantik dan sebagainya. Pilih seseorang, pejamkan mata, sekarang masa untuk anda berimiginasi. Cuba bayangkan orang yang anda pilih itu, tukar cara pakaiannya, reka cara berjalannya dan bentuk karektor untuknya. Anda mungkin tersenyum atau ketawa bila boleh mencipta watak dalam minda imiginasi anda.

Tapi kawal diri anda, nanti ada yang menyangka anda sakit jiwa pulak. Kemudian teruskan mencari watak lain. Ulangi latihan ini di lain-lain tempat dengan berlainan karektor.

________________________________________________________________
Latihan Ke Empat (4)

“IMAGINASI DAN REALITI 3”

Sekarang, lihat jalan di atas, cuba anda letakkan dan corakkan apa saja daripada imiginasi anda dan buatlah satu cerita.

Contoh, anda masukkan karektor seorang ibu tua mendukung seorang bayi yang tak berbaju dan memimpin seorang lagi anaknya yang dalam lingkungan umur 4 tahun, berjantina lelaki, berbaju putih dan berseluar pendek. Mereka berjalan di sebelah kiri bahu jalan membelangkangi anda. Dan, ada sebuah kereta jenis wira sedan 1.5 berwarna biru pekat datang dari arah depan. Bayangkan.

Ok, sudah dapat menguasai latihan imaginasi. Apa yang penting di sini, imiginasi anda haruslah menjadi realiti dalam kotak minda anda.
___________________________________________________________________
Latihan Ke Lima (5)

“IMAGINASI DAN REALITI 4”

Salah satu latihan yang biasa saya buat untuk melatih kotak minda saya ialah:-

Ketika saya berada dalam satu bilik yang kosong dan berwarna putih. Saya cuba bayangkan,

1. Warna apa yang saya harus cat.
2. Perabot jenis apa yang harus di adakan.
3. Susunatur perabot dan lain-lain perhiasan.
4. Lain-lain yang tak terfikir oleh saya, tapi anda boleh fikirkannya.

Imaginasi Luar Jangkaan Anda - Satu Anugerah

Tidak menjadi salah jika anda terfikir tentang lembu masuk bilik, ini menunjukkan anda mula mempamirkan kelainan daripada orang lain. Anda hendaklah menampilkan sesuatu yang asli, inovatif, kreatif dan menarik.

Setiap Yang Bernyawa Mempunyai
Karektor Tersendiri

Saya rasa anda dan mula seronok berimiginasi. Anda kena ingat aset (harta) utama dalam menjadi seorang penulis skrip yang baik adalah daya imiginasi dan pengalaman.

Pengalaman anda, orang lain, atau dari sumber-sumber pembacaan (buku, surat khabar, majalah dan lain-lain), televisyen, radio amat bermenafaat untuk anda. Oleh itu tambahkan pengalaman anda setiap hari, setiap detik. Lagi kuat usaha anda menambah pengalaman, lagi besar ilmu dan kebolehan anda dalam berkarya.

“Tuntutlah ilmu
yang sentiasa tiada kesudahan,
lagi besar dan banyak ilmu anda,
lagi kerdil anda di sisi
Tuhan”

Kemahuan, kesungguhan dan cekal dalam menimba ilmu. Bak kata orang “bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah”.

Jangan malu bertanya dan berkongsi pengalaman dengan orang lain, kita kena ingat setiap orang mempunyai persepsi atau cara fikir yang berbeza. Jika anda mampu berfikir dari sudut orang lain berfikir, boleh saya katakan di sini, “anda berupaya menguasai pemikiran orang lain”. Ini satu kelebihan.

Selepas ini kita akan ke bab terpenting dalam penulisan skrip.

Tahniah dari saya.

AMBIAQ
(ambiaq@gmail.com)

Tiada ulasan: