Selasa, 28 April 2009

FORMAT SCREENPLAY

FORMAT SCREENPLAY

A. Screenplay Page Properties

Peraturan: Screenplay ditulis atas kertas putih A4 (Di Amerika kertas putih 8 1/2" x 11") dan menggunakan stapler atau comb binding (di Amerika menggunakan 3-hole punched binding). Nombor muka surat muncul di sudut kanan di sebelah atas (dalam header). Tiada nombor di muka surat pertama. Type style yang digunakan ialah Courier 12 font. Margin atas dan bawah adalah di antara .5" and 1". Margin kiri adalah antara 1.2" and 1.6". Margin di kanan adalah antara between .5" and 1".Kelebihan ruang kiri adalah untuk memudahkan binding sambil mengimbangkan teks dalam muka surat. Font Courier 12 digunapakai untuk menghitung durasi filem (timing purposes). Lazimnya 1 muka surat yang ditaip dengan font Courier 12 adalah 1 minit durasi tayangan (film time). Pembaca yang berpengalaman dapat menghitung durasi tayangan dengan menimbang screenplay dengan tangan.

B. Ketebalan Skrip (Script Length)

Lazimnya satu screenplay filem cereka mengandungi antara 95 dan 125 muka surat. Di Hollywood jarang terdapat skrip yang lebih tebal daripada 114 muka surat. Skrip komedi lazimnya lebih pendek daripada skrip drama. Tetapi jika anda menulis skrip drama yang penuh dengan aksi, skrip drama anda mungkin lebih pendek. Anda mungkin mengambil masa hanya 10 saat untuk membaca tetapi masa filem adalah 45 saat.
Contoh:
Cpl. Owens menanggalkan packnya lalu mengambil machine gun. Dia berlari dari pintu ke pintu, mengelak tembakan musuh sambil membalas tembakan, sehingga dia sampai ke menara loceng di gereja itu.

Tip Penulisan: Jika screenplay anda penuh dengan scene-scene sebegini, skrip itu mungkin tidak mengandungi banyak muka surat tetapi ini tidak bermakna filem anda pendek. Penulis skrin lain mungkin menulis scene yang sama sehingga setengah muka surat kerana setiap penulis akan menulis dengan gaya tersendiri dan berbeza. Screenplay yang setebal 125 muka surat dianggap terlalu tebal untuk filem cereka. Ketebalan adalah komponen yang penting dalam skrip. Apabila produser menerima screenplay anda, dia akan mengimbasnya sekilas pandang dan terus ke muka surat terakhir untuk menilai panjangnya. Walaupun skrip anda itu paling hebat, produser mungkin tidak akan membacanya kerana terlalu panjang.Faktor ekonomi menyebabkan industri tidak berminat dengan skrip panjang. Filem yang berdurasi kurang daripada 2 jam bermakna lebih tayangan setiap hari dan memberi pulangan yang lebih kepada pemamir, pengedar, penerbit dan mungkin kepada anda sebagai penulis skrin.Apabila sedar screenplay anda terlalu panjang anda perlu memendekkannya. Jika mana-mana scene dibuang tidak mencacatkan cereka anda bermakna scene-scene itu tidak diperlukan. Setiap SCENE perlu menggerakkan cereka ke arah penyudahan dan merupakan sebahagian penting menuju ke klimaks.

C. Elemen-Elemen Skrip

Scene Heading , Aksi , Nama Watak , Dialogue , Parenthetical , Extensions , Transition , Shot

Scene Heading

Tip Penulisan: Scene Headings bermula 1.5” dari sebelah kiri kertas dan lazimnya tidak panjang atau melebihi satu baris.Scene Heading ditaip dalam huruf besar. Gunakan titik selepas LUAR atau DALAM (INT. or EXT.), dan sengkang (hyphen) antara elemen-elemen lain dalamnya.Scene Heading, kadangkala dikenali sebagai Slugline, memberi maklumat kepada pembaca skrip di mana scene itu berlaku. Adakah scene berlaku di DALAM (INT.) atau di LUAR (EXT.)? Kemudian lokasi scene itu: KAMAR, RUANG TAMU, PADANG BOLA, dan sebagainya. Akhir sekali masukkan masa iaitu SIANG (DAY) atau MALAM (NIGHT)... informasi ini bukan hanya diperlukan oleh pembaca atau penlai skrip tetapi juga untuk team produksi yang merancang dan melakukan penggambaran.
Oleh demikian, Scene heading juga boleh mengandungi informasi produksi seperti CONTINUOUS ACTION, or ESTABLISHING SHOT or STOCK SHOT. Sebagai contoh:

DALAM. KAMAR - SIANG
LUAR. JALAN BUKIT BINTANG - MALAM
DALAM. PEJABAT - MALAM - CONTINUOUS ACTION
LUAR. PANTAI - SIANG - ESTABLISHING
LUAR. KUALA LUMPUR – STADIUM MERDEKA - STOCK FOOTAGE

Tip Penulisan: Software Screenwriting akan failkan secara automatik setiap Scene Heading baru yang anda guna. Anda tidak perlu menaip semula scene yang sama berulang-ulang kali. Ini juga akan menjadikan Skrip anda konsisten. Pembaca atau penilai skrip kurang berminat jika Scene Heading yang sama asyik bertukar wajah, contoh:

LUAR. – KAWASAN BUKIT BUKAU - MALAM
dan 2 muka surat kemudian:
LUAR. – KAWASAN GUNUNG GANANG - MALAM

Scene Headings yang konsisten membolehkan pemabaca, penilai skrip dan karyawan mengenali lokasi and tempat penggambaran tanpa hilang fokus kepada cerita dengan cuba meneka samada ini set baru atau tidak. Contoh:

FADE IN:

LUAR. PANTAI - SIANG - ESTABLISHING
Di sini kita sudah establish yang kita berada di pantai di waktu siang.

Aksi
Peraturan: Aksi bermula di sebelah kiri ke akhir margin di sebelah kanan.(seperti Scene Heading). Text adalah single-spacing dan menggunakan huruf besar dan kecil.Bila anda memperkenalkan watak buat pertama kali, nama watak itu perlu ditaip dalam huruf besar.AKSI atau Descripsi setkan Scene, menjelaskan setting, memperkenalkan watak atau watak-watak dan mementaskan cerita anda. Aksi ditulis dalam REAL TIME.
Tip Penulisan: Setiap detik dalam screenplay berlaku sekarang(NOW). Gunakan ayat aktif (Ali menolak basikal) bukan ayat pasif (basikal ditolak oleh Ali).Tulis dalam masa kini (PRESENT TIME), bukan masa lampau (PAST). Perenggan mesti pendek.... jangan sampai 4 atau 5 baris. Pembaca tidak akan membaca tetapi akan melihatnya sekilas pandang.

FADE IN:
LUAR. PANTAI - SIANG - ESTABLISHING
Sampan-sampan, tongkang-tongkang dan kapal-kapal layar dibuai ombak.

DALAM. KAMAR UTAMA - SIANG
Cadar dan selimut berjenama yang mahal menutup tubuh ALINA, 25, yang bogel dan sangat cantik.
Cahaya matahari menembusi tingkap kabin dan membanjiri tubuh AHMAD IDHAM, 38, yang sasa. Idham menarik selimut dan mencium tubuh Alina yang bogel itu.

Pembaca mula membayangkan setting dan aksi yang sedang berlaku. Kita tahu kita berada dalam sebuah bot, 2 watak telah diperkenalkan kepada kita. Kita boleh bayangkan wajah mereka dan kita dapat maklumat tentang hubungan mereka. Jangan ghairah untuk menulis camera angles dan shots. Tulis dalam satu baris jika anda ingin memberi emphasis kepada sesuatu shot. Angle dan shot adalah hak pengarah dan lazimnya dimasukkan ke dalam Skrip Shooting (Shooting Script).

Contoh Aksi


Cadar dan selimut berjenama yang mahal menutup tubuh ALINA, 25, yang bogel dan sangat cantik.

Cahaya matahari menembusi tingkap kabin dan membanjiri tubuh AHMAD IDHAM, 38, yang sasa.

Idham menarik selimut dan senyum ke arah tubuh Alina.

Tiba-tiba Idham tergamam.

Terdapat satu tattoo Syaitan di bahu Alina yang dia tidak dilihat sebelum ini.

Nama Watak
Peraturan: NAMA WATAK ditulis dalam huruf besar dan diindent 3.5" dari margin kiri. Sebelum watak itu bercakap, penulis perlu insert NAMA WATAK itu supaya pembaca tahu siapa yang berdialog.Nama boleh jadi nama sebenar watak (RAFFI) atau diskripsi (GEMUK), atau kerjaya (DOKTOR). Anda oleh namakan watak yang bercakap sebagai POLIS 1 atau POLIS 2, tapi pelakon lebih suka anda berikan mereka nama supaya mereka dapat menjiwai watak yang diberikan kepada mereka. Pastikan anda konsisten bila tulis nama, jangan kejap ALI, kejap POLIS 1.

Tip Software: Menaip nama terutama bila nama itu panjang akan lebih mudah jika anda menggunakan software screenwriting. Program itu secara automatik akan menfailkan dan memastikan nama-nama watak itu konsisten.

Software screenwriting juga akan menentukan jarak (spacing) yang betul dari perenggan sebelumnya. Anda tak payah pening kepala untuk memastikan jarak dan kedudukan samada betul atau tidak. Anda cuma focus kepada cerita.

FADE IN:
LUAR. PANTAI - SIANG - ESTABLISHING
Sampan-sampan, tongkang-tongkang dan kapal-kapal layar dibuai ombak.


DALAM. KAMAR UTAMA - SIANG
Cadar dan selimut berjenama yang mahal menutup tubuh ALINA, 25, yang bogel dan sangat cantik.
Cahaya matahari menembusi tingkap kabin dan membanjiri tubuh AHMAD IDHAM, 38, yang sasa. Idham menarik selimut dan mencium tubuh Alina yang bogel itu.

IDHAM
Dialogue.....


Peraturan: Margin DIALOGUE diindent 2.5" dari margin kiri. Satu baris dialogue mungkin mengandungi antara 30 hingga 35 space. Oleh demikian margin kanan adalah lebih flexible, lazimnya 2.0" to 2.5".Peraturan-peraturan DIALOGUE digunapakai apabila seorang dalam skrin bercakap, melalui dialog dengan watak atau watak-watak lain, atau bercakap sendiri... termasuk bila watak itu tidak kelihatan dalam skrin dan cuma kedengaran suaranya.
Tip Penulisan: Dialog hebat menggambarkan jiwa dan naluri seorang watak. Ia kedengaran jujur dan benar... Ia juga satu percakapan antara dua insan. Penonton seolah-olah seekor lalat yang hinggap di dinding dan mendengar permainan drama antara watak-watak itu. Dialog hebat menggunakan ayat sastera yang penuh dengan kiasan dan dramatik irony, diluahkan dengan penuh perasaan, dan bukan ayat-ayat tepat kepada maksudnya (on the nose dialog). Kadang-kala ayat atau frasa dialog menjadi budaya atau buah mulut masyarakat, contohnya dialog Clint Eastwood dalam filem Dirty Harry Callahan "Go ahead. Make my day."Untuk memastikan dialog anda hebat, anda boleh membacanya seperti berlakon. Jika anda berasa susah untuk meluahkan dialog itu bermakna dialog itu tidak hebat. Atau anda boleh anjurkan satu bacaan skrip dan mendegarnya. (Ini yang dilakukan di Hollywood dan di Broadway dengan menggunakan pelakon professional).

Tip Software: Software screenwriting boleh membaca dialog melalui sound sistem di komputer anda. Anda cuma perlu assign jantina dan infleksi kepada watak-watak anda untuk mendengar dan menilai dailog anda.

FADE IN:
LUAR. PANTAI - SIANG - ESTABLISHING
Sampan-sampan, tongkang-tongkang dan kapal-kapal layar dibuai ombak.
DALAM. KAMAR UTAMA - SIANG
Cadar dan selimut berjenama yang mahal menutup tubuh ALINA, 25, yang bogel dan sangat cantik.
Cahaya matahari menembusi tingkap kabin dan membanjiri tubuh AHMAD IDHAM, 38, yang sasa. Idham menarik selimut dan mencium tubuh Alina yang bogel itu.

IDHAM
Bangun sayang, dah tiba masa untuk sayang terbang dari sini.

Parenthetical (Kurungan)
Parenthetical diindent antara 3.0" hingga 3.5" dari margin kanan tetapi ini lazimnya flexible. Parenthetical remark tidak diletak di tengah-tengah (centre) di bawah nama watak.Parenthetical mungkin satu attitude, arahan verbal atau arahan aksi kepada pelakon yang bercakap. Parenthetical hanya pendek, tepat, deskriptif, dan digunakan jika benar-benar perlu.Kini Parenthetical tidak digemari kerana ia adalah satu arahan kepada pelakon dan mungkin tidak sesuai semasa dalam set. Kadang-kala Parenthetical dikenali sebagai "wrylies", contoh:
IDAHAM
(wryly)
bangun, sayang.

ALINA
(sleepily)
Baru pukul berapa

IDHAM
(getting out of bed)
Dah pukul 6. Nanti lewat lagi. Nak suruh abang jurus sayang dengan air

Parenthetical juga digunakan sebagai penunjuk kepada skrip (notasi), contohnya (continuing). Jika watak itu becakap diikuti pula dengan baris aksi dan kemudian balik kepada watak itu bercakap, nostasi boleh dipakai guna, contohnya:
IDHAM
(getting out of bed)
Dah pukul 6. Nanti lewat lagi. Nak suruh abang jurus sayang dengan air

Idham menarik selimut dari Alina.
Alina bangun duduk, pakai sehelai T-shirt panjang, dan bergesa ke bilik air.

IDHAM
(continuing)
Terima kasih kerana kejutkan saya bangun

Tip Software: Program screenwriting memberi anda pilihan (option) samada menggunakan parethetical atau Extension.

IDHAM
(getting out of bed)
Dah pukul 6. Nanti lewat lagi. Nak suruh abang jurus sayang dengan air

Idham menarik selimut dari Alina.
Alina bangun duduk, pakai sehelai T-shirt panjang, dan bergesa ke bilik air.

IDHAM (CONT’D)
Terima kasih kerana tolong kejutkan saya bangun

Tip Software: (CONT'D) dimasukkan secara automatik jika optionnya dipilih.
Ia menunjuk watak itu sambung bercakap semasa aksi.


Extension
O.S. - Off-Screen
V.O. - Voice Over
Extension adalah nota teknikal yang diletak di sebelah kanan nama watak dan menggambarkan bagaimana suaranya didengar oleh penonton. Suara Off-Screen boleh didengar apabila watak itu berada di luar jarak kamera, ataupun di bilik sebelah.
Idham menarik selimut dari Alina.
Alina bangun duduk, pakai sehelai T-shirt panjang, dan bergesa ke bilik air.

IDHAM (CONT’D)
Terima kasih kerana tolong kejutkan saya bangun
(beat)
Jangan pula jadi tuan puteri dalam kolam mandi! Pagi ni abang ada mesyuarat, takkan nak pi busuk-busk macam ni kot

ALINA (O.S.)
20 minit aje


Setengah penulis menggunakan O.C. (off camera) daripada O.S. "Beat" menunjukkan Idham berhenti seketika (mungkin berfikir seketika) sebelum meneruskan dialog. Satu lagi extension yang sering digunapakai ialah V.O (Voice Over). Anggaplah V.O. sebagai narration, atau watak yang bercakap tiada dalam scene. Atau watak itu ada dalam scene tetapi berperanan sebagai narrator, mengimbas kembali atau menceritakan peristiwa yang lampau. Dialogue ini dirakam dan dimasukkan semasa editing.

IDHAM (V.O.)
Tak mungkin aku dapat masuk bilik air dalam masa 45 minit, jadi aku pergi jogging dulu.


Watak kita mengimbas kembali apa yang berlaku pada pagi itu dalam satu Voice Over.

Transition

Kini ada sesetengah pihak tidak menggalakkan kegunaan transition dalam screenplay tetapi mereka tidak akan menyalahkan anda jika ada menggunakannya. Bagaimanan pula dengan ramai yang masih menggalakkan kegunaannya. Sebagai penulis skrin yang ingin menjual screenplaynya adalah lebih baik anda menggunakan transition. Jika anda dihendaki membuangnya jangan cuba berdebat. Lakukannya asalkan orang itu sanggup membeli screenplay anda.

Peraturan: Transition diindent 6.5" dari margin kiri. Transition mestilah ditaip dalam huruf besar dan berlaku selepas aksi dan sebelum Scene Headings.Transition yang lazim digunapakai:

CUT TO:
DISSOLVE TO:
SMASH CUT:
QUICK CUT:
FADE TO:
FADE OUT
(tidak di hujung skrip)

Tip Penulisan: Transition adalah sebahagian dariapada penceritaan. Anda boleh gunakan TIME CUT: menunjukkan masa berlalu. Ramai penulis menggunakan DISSOLVE TO: menunjuk masa telah berlalu. Atau MATCH CUT: untuk menunjukkan apa yang kita telah menonton ada hubungan dengan apa yang kita akan lihat dalam scene baru. Jangan guna semua ini kecuali anda seorang penulis skrin yang mahir. Pengarah atau editor juga mungkin menggunakan yang berlainan. Memadai jika anda masukkan CUT TO: sahaja.

Tip Software: Kebanyakan Transitions telah pun diprogram dalam software screenwriting. Jika anda ingin menggunakan yang lain, pastikan Transition anda ditaip dengan huruf besar dan diletak di tempat yang betul.

Idham memakai seluar pendek, kemudian kasut getah sport dan exit (keluar frame atau kamar).

CUT TO:
(Peringatan, Cut To: mungkin tidak dimasukkan dalam sesetengah skrip tetapi bagaimana bila berlakunya pertukaran lokasi?)

Shot
Peraturan: Shots diformat seperti Scene Heading, di kiri margin dan dalam huruf besar, baris kosong sebelum dan selepanya. SHOT memberitahu bahawa tumpuan dalam scene itu sudah berubah. Contoh shot yang digunapakai dalam screenplay:

ANGLE ON --
EXTREME CLOSE UP --
PAN TO --
POV IDHAM --
REVERSE ANGLE --


Tip Penulisan: Anda, sebagai penulis, tidak digalakkan menulis shot dalam screenplay. Ini akan mengganggu aliran penceritaan anda. Kalau anda berminat untuk mengarah filem, jangan jadi penulis skrin. Tunggu sehingga skrip itu dibeli dan cuba negotiate satu package di mana anda diambil sebagai pengarah untuk skrip anda.
Satu shot yang lazim digunapakai dalam screenplay ialah INSERT. INSERT digunakan sebagai arahan – memberi fokus kepada sesuatu yang penting dalam cerita anda.

INSERT - RANSOM NOTE

Tip Penulisan: Satu perenggan aksi yang ditulis dengan baik dapat menyampaikan mesej yang sama tanpa mengganggu tumpuan pembaca. Aliran cerita amatlah penting dan cuba jangan masukkan gangguan. Software screenwriting yang digunapakai oleh Persatuan Penulis Skrin Malaysia adalah Final Draft dan Final Draft AV (Audio Visual).

PERINGATAN
Kalau anda menghulur senaskah screenplay anda kepada produser, pastikan dia mempunyai software screenwriting untuk membukanya.
Jika tidak anda boleh memberinya dalam format PDF
Jangan sekali-kali memberinya dalam format MS Words

Tiada ulasan: