Jumaat, 22 Mei 2009

DANA PEMBANGUNAN SENI FILEM & MULTIMEDIA


DANA PEMBANGUNAN SENI FILEM & MULTIMEDIA

PENGENALAN


Dana Pembangunan Seni Filem & Multimedia diwujudkan bertujuan melahirkan karya filem Malaysia yang bermutu tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa serta menggalak pertumbuhan bakat dan memajukan tahap profesionalisme para penggiat dan pengamal filem. Skim ini dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa yang terdiri dari kalangan karyawan dan penggiat filem.


OBJEKTIF

* Meningkatkan kuantiti dan kualiti penerbitan filem terutama filem pendek, dokumentari & animasi.

* Menempatkan industri filem Malaysia ditahap yang sewajarnya diperingkat antarabangsa.

* Menghargai karyawan dan seniman filem Malaysia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

* Menampilkan kemampuan pembikin filem tempatan di peringkat antarabangsa.


SKOP

Pembiayaan bagi menerbitkan filem pendek / dokumentari / animasi yang bermutu tinggi termasuk pembangunan skrip


TERMA PEMBIAYAAN

Jumlah Pembiayaan – Bantuan Penerbitan

Tidak melebihi RM20,000 untuk penerbitan video pendek (tidak melebihi 30 minit)

Tidak melebihi RM50,000 untuk penerbitan dokumentari / animasi (tidak melebihi 60 minit)


KELAYAKAN PEMOHON

* Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas

* Persatuan / Kelab Perfileman yang diiktiraf

* Karyawan yang dikenalpasti oleh Jawatankuasa


KAEDAH PERMOHONAN

Bantuan Penerbitan

Bagi permohonan penerbitan, kertas kerja mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

* idea / konsep cerita

* anggaran kos produksi;

* cadangan artis / krew filem;

* pelan pemasaran / promosi;

* kenyataan sumber modal tambahan; dan

* latarbelakang dan pengalaman perfileman pemohon


Permohonan Yang Lengkap

Borang & permohonan yang lengkap di alamatkan kepada :-


Urusetia

Dana Pembangunan Seni Filem & Multimedia

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Lot 1662, Batu 8, Jalan Hulu Kelang

68000 Ampang, Selangor.

( u.p. Unit Dana & Insentif )


Pemilihan

Jawatankuasa akan membuat penilaian terhadap semua permohonan yang lengkap dan memenuhi kriteria. Permohonan akan dijemput untuk menghadiri sesi temuduga / pitching. Pemohon akan dimaklumkan keputusan melalui surat.



Tiada ulasan: