Selasa, 5 Mei 2009

KRISIS DAN KONFLIK DALAM FILEM

KRISIS & KONFLIK DALAM FILEM

Pengenalan

Krisis dan konflik merupakan 2 elemen penting dalam filem kerana tanpanya filem itu tidak mungkin mempunyai sebarang elemen dramatik. Filem dan drama tempatan hanya berfokus kepada konflik yang merupakan hanya sebahagian daripada elemen dramatik. Oleh demikian, filem dan drama tempatan kelihatan kurang hebat jika dibandingkan dengan filem dan drama luar negara.

Krisis
Dalam filem krisis merupakan Satu detik atau situasi amat genting atau menentukan atau satu turning point. An Unstable Condition (keadaan mencemaskan) dalam pergerakan politik, social dan ekonomi yang mendesakan perubahan. Perubahan drastik secara tiba-tiba dalam kehidupan, pengurusan atau penyakit yang mencemaskan.

Satu event yang memberi tekanan emosi atau satu perubahan traumatik dalam kehidupan sebuah negara, masyarakat, keluarga atau individu. Satu detik dalam drama di mana konflik tiba di kemuncak ketegangan dan memerlukan keputusan. Dalam Bahasa Cina Krisis dikenali sebagai weiji. Wei (危) bermaksud "danger, dangerous (bahaya); endanger, jeopardize (membahayakan); perilous (amat berbahaya); precipitous (curam), precarious (dalam keadaan bahaya dan mencemaskan); high (tinggi); fear, afraid (ketakutan)".

ji (機) bermaksud "machine, mechanical (mesin atau mekanikal); airplane (kapal terbang); suitable occasion (keadaan selesa); crucial point (saat genting); pivot (pasak)(; incipient moment (detik permulaan); opportune, opportunity (peluang); chance (nasib baik); key link ( hubungan utama); secret (rahsia); cunning (licik)".

Contoh Krisis: Krisis Keluarga, Rumah tangga, Krisis ekonomi / perniagaan, Krisis masyarakat, Krisis Negara, Krisis Dunia, Krisis psikologi, Krisis identiti, Krisis kesihatan, Krisis kesukanan, Krisis politik, Krisis agama, Krisis pertanian, Krisis remaja, Krisis warga emas, Krisis jalan raya / kapal terbang, Krisis bencana alam, Krisis penyakit / penyakit berjangkit dan lain-lain.

Soalan: Apakah krisis atau krisis dalam objective dan subjective storyline anda?

Konflik
Konflik adalah satu perseteruan yang sedang berlaku atara 2 pihak (individu atau kumpulan) apabila pihak-pihak itu mempunyai matlamat berbeza dan cuba mempengaruhi atau menggagalkan usaha pihak yang lain. Konflik berbeza dengan persaingan walaupun konflik mungkin muncul akibat persaingan.

Konflik wujud disebabkan perbezaan kepentingan, nilai-nilai, ideologi, tindakan atau matlamat.
Contoh konflik: Konflik antara invididu (interpersonal), Konflik emosional, Konflik antara kumpulan, Konflik dalam atau antara komuniti, Konflik negara (perang saudara, kempen pilihan raya, dll), Konflik antarabangsa, Konflik dengan alam sekitar, Konflik ideologi, Konflik diplomatik, Konflik berbentuk ekonomi, Konflik tentera dan Konflik berdasarkan agama.

Tiada ulasan: