Selasa, 2 Jun 2009

Program Artis, Komposer & Single


Persatuan Karyawan Malaysia mengambil inisetif untuk menganjurkan satu hub lagu yang dipanggil “Program Artis, Komposer dan Single” yang akan mengetengahkan karya ciptaan para komposer baru dan lama .

Karyawan akan bertindak sebagai pengkalan data lagu-lagu yang dihantar bagi memudahkan para artis yang ingin merakamkan single untuk ke sesi pra-dengar material . Pihak Karyawan juga akan menguruskan beberapa perkara seperti pemasaran single ini melalui sistem muat turun telekomunikasi dan lain-lain aspek berkaitan setelah lagu-lagu dipilih dan dirakam oleh artis.

Ini merupakan satu ruang yang akan membantu banyak pihak didalam industri muzik meliputi para komposer baru dan lama yang ingin mengetengahkan bakat mereka , memberi kemudahan dan pilihan kepada para artis untuk mencari lagu baru seterusnya membuka peluang untuk memasarkan produk mereka.

Program ini terbuka kepada semua komposer dari pelbagai golongan dan genre muzik . Bagi Sesiapa yang berminat boleh menghubungi pejabat Persatuan Karyawan Malaysia ataupun En Ahmad (+6012 3006084)

Majlis Jom Mesra Bersama SWAM

Presiden dan AJK Persatuan Penulis Skrin Malaysia(SWAM)

dengan segala hormatnya mempersilakan

…………………………………………………………………………………………………

ke Majlis Jom Mesra Bersama SWAM

Pada: 10 Jun, 2009

Masa: 8.00 – 11.00 malam

Tempat: Restoran Lemon, G-CQ3 MINES Shopping Fair/Complex, Seri Kembangan

Majlis Jom Mesra Bersama SWAM bertujuan menjalin persefahaman serta merapatkan hubungan di antara para penerbit dan stesen-stesen TV dengan para penulis skrin yang menganggotai SWAM. Dalam pertemuan ini juga SWAM akan membuka kesempatan mengadakan sesi pitching dengan harapan pihak-pihak yang berkenaan berpeluang berurusan secara terus-menerus di antara satu sama lain.

Mohon saudara/saudari dapat mengesahkah kehadiran dengan menghubungi Cik Norrasidah (019 255 9196), Puan Asmira (012 646 3240), Encik Hakimi (012 399 1535) atau email : swamadmin@gmail.com atau faks sebelum atau pada 7/5/2009.

Salam mesra,

DATIN RUSILA HASHIM

Pengerusi Jawatankuasa Majlis

016 2526 836

Tema: Santai tetapi bersemangat Makan Malam

Pengesahan Kehadiran melalui faks (SILA FAKS mukasurat ini ke 03 6141 2319)


Saya/kami dapat hadir Bilangan _________



Saya/kami tidak dapat hadir

Kursus Penulisan Drama TV Bersiri

P E R S A T U A N P E N U L I S S K R I N M A L A Y S I A

S C R E E N W R I T E R S G U I L D O F M A L A Y S I A

Industri skrin bermula di sini !

20hb. Mei 2009

AHLI-AHLI SWAM DAN MEREKA YANG BERMINAT

Tuan/Puan,

PER: KURSUS PENULISAN SKRIN DRAMA TV (BERSIRI)

Dengan segala hormat takzimnya saya ingin memaklumkan bahawa Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) akan menganjurkan Kursus Penulisan Skrin Drama TV (Bersiri) bagi menjayakan program-program pendidikan dan latihan semula (reskilling) penulis-penulis skrin. Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), demi pembangunan dan kemajuan industri perfileman dan penyiaran tanah air.

2. Kursus Penulisan Skrin Drama TV (Bersiri) ini akan berlansung selama 40 jam untuk memenuhi syarat sijil bagi pembelajaran “Core Subject” dalam kursus perfileman dalam satu semester. Kursus ini akan diadakan pada setiap hari Ahad selama 5 hari bermula pada 14, 21, 28 Jun, 5 & tamat pada 12 Julai 2009.

3. Objektif kursus ini diadakan ialah untuk

3.1 Memberi latihan kepada penulis-penulis skrin yang sedia ada dengan tujuan melahirkan modal insan yang berkualiti.

3.2 Meningkatkan kualiti karya di kalangan penulis dengan menggunakan pendekatan dan kaedah yang betul dalam menggarapkan karya mereka.

3.3 Memperluaskan kegiatan SWAM kepada masyarakat industri perfileman.

4. Kursus ini ditawarkan kepada semua penulis skrin

4.1 Yang telah atau sedang menulis screenplay drama TV, atau

4.2 Yang berhasrat menulis drama TV

5. Kursus ini dikendalikan mengikut format berikut:

a. Ceramah

b. Aktiviti

c. Latihan

6. Kemudahan yang disediakan selain daripada bilik kuliah dan makan minum adalah seperti berikut:

o 1 atau 2 Komputer dengan pengisian software “Final Draft”

o White board, marker dan duster

o Pemain VCD, projector dan speaker

o Kemudahan Power point

o Kemudahan fotostat dan kertas A4

Semua perserta digalakkan supaya membawa laptop masing-masing jika ada

7. BAYARAN

7.1 Ahli SWAM dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM 30 seorang.

7.2 Bukan Ahli SWAM dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM 300 seorang.

7.3 Bayaran boleh dibuat atas nama Persatuan Penulis Skrin Malaysia dan dihantar kepada alamat berikut:

Persatuan Penulis Skrin Malaysia

Kompleks Studio Merdeka

Jalan Hulu Kelang

68000 Ampang, Selangor

Tel : 012 399 1535 fax: 61412319

8. TARIKH TUTUP

8.1 Tarikh Tutup Permohonan ialah 8 Jun 2009

8.2 Tempat adalah terhad kepada 25 perserta sahaja

SWAM amatlah mengalu-alukan penyertaan daripada ahli, penulis, warga industri, pegawai stesyen penyaiaran dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(DATIN RUSILA HASHIM)

Setiausaha Kehormat