Selasa, 2 Jun 2009

Kursus Penulisan Drama TV Bersiri

P E R S A T U A N P E N U L I S S K R I N M A L A Y S I A

S C R E E N W R I T E R S G U I L D O F M A L A Y S I A

Industri skrin bermula di sini !

20hb. Mei 2009

AHLI-AHLI SWAM DAN MEREKA YANG BERMINAT

Tuan/Puan,

PER: KURSUS PENULISAN SKRIN DRAMA TV (BERSIRI)

Dengan segala hormat takzimnya saya ingin memaklumkan bahawa Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) akan menganjurkan Kursus Penulisan Skrin Drama TV (Bersiri) bagi menjayakan program-program pendidikan dan latihan semula (reskilling) penulis-penulis skrin. Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), demi pembangunan dan kemajuan industri perfileman dan penyiaran tanah air.

2. Kursus Penulisan Skrin Drama TV (Bersiri) ini akan berlansung selama 40 jam untuk memenuhi syarat sijil bagi pembelajaran “Core Subject” dalam kursus perfileman dalam satu semester. Kursus ini akan diadakan pada setiap hari Ahad selama 5 hari bermula pada 14, 21, 28 Jun, 5 & tamat pada 12 Julai 2009.

3. Objektif kursus ini diadakan ialah untuk

3.1 Memberi latihan kepada penulis-penulis skrin yang sedia ada dengan tujuan melahirkan modal insan yang berkualiti.

3.2 Meningkatkan kualiti karya di kalangan penulis dengan menggunakan pendekatan dan kaedah yang betul dalam menggarapkan karya mereka.

3.3 Memperluaskan kegiatan SWAM kepada masyarakat industri perfileman.

4. Kursus ini ditawarkan kepada semua penulis skrin

4.1 Yang telah atau sedang menulis screenplay drama TV, atau

4.2 Yang berhasrat menulis drama TV

5. Kursus ini dikendalikan mengikut format berikut:

a. Ceramah

b. Aktiviti

c. Latihan

6. Kemudahan yang disediakan selain daripada bilik kuliah dan makan minum adalah seperti berikut:

o 1 atau 2 Komputer dengan pengisian software “Final Draft”

o White board, marker dan duster

o Pemain VCD, projector dan speaker

o Kemudahan Power point

o Kemudahan fotostat dan kertas A4

Semua perserta digalakkan supaya membawa laptop masing-masing jika ada

7. BAYARAN

7.1 Ahli SWAM dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM 30 seorang.

7.2 Bukan Ahli SWAM dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM 300 seorang.

7.3 Bayaran boleh dibuat atas nama Persatuan Penulis Skrin Malaysia dan dihantar kepada alamat berikut:

Persatuan Penulis Skrin Malaysia

Kompleks Studio Merdeka

Jalan Hulu Kelang

68000 Ampang, Selangor

Tel : 012 399 1535 fax: 61412319

8. TARIKH TUTUP

8.1 Tarikh Tutup Permohonan ialah 8 Jun 2009

8.2 Tempat adalah terhad kepada 25 perserta sahaja

SWAM amatlah mengalu-alukan penyertaan daripada ahli, penulis, warga industri, pegawai stesyen penyaiaran dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(DATIN RUSILA HASHIM)

Setiausaha Kehormat

Tiada ulasan: