Selasa, 2 Jun 2009

Program Artis, Komposer & Single


Persatuan Karyawan Malaysia mengambil inisetif untuk menganjurkan satu hub lagu yang dipanggil “Program Artis, Komposer dan Single” yang akan mengetengahkan karya ciptaan para komposer baru dan lama .

Karyawan akan bertindak sebagai pengkalan data lagu-lagu yang dihantar bagi memudahkan para artis yang ingin merakamkan single untuk ke sesi pra-dengar material . Pihak Karyawan juga akan menguruskan beberapa perkara seperti pemasaran single ini melalui sistem muat turun telekomunikasi dan lain-lain aspek berkaitan setelah lagu-lagu dipilih dan dirakam oleh artis.

Ini merupakan satu ruang yang akan membantu banyak pihak didalam industri muzik meliputi para komposer baru dan lama yang ingin mengetengahkan bakat mereka , memberi kemudahan dan pilihan kepada para artis untuk mencari lagu baru seterusnya membuka peluang untuk memasarkan produk mereka.

Program ini terbuka kepada semua komposer dari pelbagai golongan dan genre muzik . Bagi Sesiapa yang berminat boleh menghubungi pejabat Persatuan Karyawan Malaysia ataupun En Ahmad (+6012 3006084)

Tiada ulasan: